Profil Syarikat
AnryHome Construction merupakan sebuah Syarikat bumiputera dan ditubuhkan pada 9 Jun 2017. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menembusi pasaran industri dalam pembinaan rumah bajet dan mampu milik oleh semua pelanggan. Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai pekerja dalam bahagian pentadbiran dan juga pekerja yang mahir untuk membina rumah. Kami mempunyai 13 cawangan seluruh Malaysia.
Kami adalah Syarikat Bina Rumah diatas Tanah Sendiri. Syarikat kami menyediakan 28 pakej rumah bermula dari serendah RM 58,000.00 sehingga RM 350,000.00. terdapat pelbagai reka bentuk rumah yang menarik, lain dari yang lain dan sesuai dengan citarasa semua pelanggan. Kami menyediakan Perjanjian Bina Rumah bagi pelanggan supaya pelanggan lebih percaya kepada kami.
Kelebihan Dengan ANRYHOME
Reka Bentuk Senibina Khas
Lakaran pelan lantai dan lukisan 3D visual tersuai yang eksklusif, disesuaikan mengikut keinginan reka bentuk anda serta topografi lot tanah anda.
Sokongan Pinjaman LPPSA / Bank
Pasukan pengurusan kewangan kami menguruskan 100% permohonan pinjaman LPPSA (kakitangan awam) atau pinjaman perumahan bank dari A hingga Z.
Kelulusan PBT & CCC Lengkap
Semua urusan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) di PBT (Majlis Tempatan) dan pengeluaran Sijil CCC diuruskan sepenuhnya sebelum penyerahan kunci.
Jaminan Struktur 10 Tahun
Kami adalah kontraktor berlesen CIDB. Membina dengan standard kualiti terbaik, lengkap dengan waranti kemasan 12 bulan & waranti struktur 10 tahun.
Spesifikasi Ringkas Binaan
- Harga Binaan Standard RM 150 - RM 250 / kps
- Negeri Liputan Binaan Semenanjung Malaysia
- Urusan Dokumen & PBT Lengkap disediakan (A to Z)
- Keluasan Binaan 1,200 sqft - 6,000+ sqft
- Waranti Struktur 10 Tahun Jaminan
- Tempoh Siap Binaan 6 - 12 Bulan (Mengikut Model)
Teras Utama AnryHome
Visi
Peneraju rumah mampu milik Bumiputera No.1 di Malaysia dengan harga murah beserta design yang menarik.
Misi
Sebagai kontraktor Bumiputera yang menjalankan pembinaan rumah atas tanah sendiri dengan harga mampu milik dan cepat untuk semua pelanggan selari dengan slogan kami “Ingat Jimat Ingat AnryHome”.
Aliran Kerja Pembinaan Kami
Lakaran & Pelan 3D
Perbincangan lakaran reka bentuk susun atur rumah & visualisasi 3D luaran/dalaman.
Kelulusan PBT
Urusan penyediaan pelan & kelulusan Kebenaran Merancang di Majlis Tempatan (PBT).
Urusan Pembiayaan
Pemprosesan dokumen kelulusan pinjaman bank perumahan atau LPPSA kakitangan awam.
Bina & CCC
Kerja-kerja pembinaan bermula, kawalan kualiti tapak, kelulusan Sijil CCC & serah kunci.
Carta Organisasi
Kenali barisan kepimpinan dan pasukan profesional kami di AnryHome Construction yang berdedikasi tinggi merealisasikan impian anda.